Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
suara hati

Terselamat kerana ikut suara hati!

Posted on 09/13/201609/13/2016 by 123mamanet
suara hati
kredit foto: anitakelley

Suara hati, gerak hati, naluri, kalbu, minda bawah sedar, batin, instinc, six sence dan bermacam-macam lagi pengertian yang mungkin membawa maksud yang sama. Percayalah naluri kita kerana bukan semua perkara hidup boleh ditangani dengan cara objektif atau logik akal.

Isi Kandungan hide
1 4 perkara kenapa suara hati perlu diberi perhatian

 

 

 

Pakar Psikologi Sosial dari Hope College, Dr. David Myers menjelaskan bahawa naluri kita sering ‘membaca’ persekitaran kita biarpun minda sedar kita sedang bekerja. Badan kita boleh memproses informasi ini biarpun minda sedar kita tidak tahu apa yang sedang berlaku.

 

 

Gerak hati atau dorongan yang kuat akan mampu menggerakkan otak kita supaya bertindak melakukan sesuatu biarpun jauh melangkaui kudrat. Selalunya hal ini dapat dilihat pada seorang ibu. Contohnya ibu lepas bersalin, biarpun dia penat melahirkan dan masih sakit namun dia tetap mahu menyusukan bayinya.

 

 

suara hati
kredit foto: indianaexpress

4 perkara kenapa suara hati perlu diberi perhatian

  1. Isyarat atau tindakan

Suara hati mampu memberikan reaksi kepada keadaan luaran kita. Suara hati inilah yang akan membuatkan si ibu terjaga malam saat suami atau anaknya belum pulang. Dia gusar dan mula memikirkan yang bukan-bukan.

 

Hakikatnya mungkin benar, ada sesuatu mungkin sedang berlaku dan si ibu mungkin mampu memberi ‘isyarat’ segera pulang buat suami atau anaknya.

 

Suara hati akan terbangkit bila berlaku sesuatu pada orang tersayang. Sehingga kita digerak-gerakkan untuk segera kembali ke rumah atau menelefon orang yang berkenaan.

 

 

Tidak kira sama ada kerana ada bahaya atau sekadar rindu, ia akan membuatkan anda segera mendapatkan mereka.

 

  1. Kasih sayang

Percaya atau tidak bahawa kasih sayang tidak akan datang begitu sahaja. Ia akan lahir bersama naluri yang kuat.

 

Kasih sayang antara mama dan anaknya, antara suami isteri, papa dan anak, antara saudara dan rakan-rakan serta manusia kepada haiwan dan sebaliknya. Ia adalah kuasa naluri.

 

  1. Pemberitahu

    suara hati
    kredit foto: thenewbornbaby

Tahukah anda bahawa suara hati mampu menjadi pelindung kepada kita dan orang yang tersayang?  Mungkin kita tiba-tiba terjaga dari tidur dan dapati anak kita demam panas?

 

Bahkan mungkin sahaja kita terdorong untuk mencari kebenaran bila kita dicurangi pasangan. Ia bukan kerana dengki atau cemburu tapi kerana suara hati kita yang tidak pernah menipu.

 

  1. Pelindung

Rasa tidak selesa berbanding selalu misalnya kita lebih berdebar-debar dari biasa. Berat hati hendak pergi ke sesuatu tempat atau sebagainya. Rasa itu seakan-akan membawa dalam diri hingga kita mula memikirkan alternatif.

 

Seorang pakar psikologi memberi saranan agar kita lebih prihatin kerana naluri kita. Dia menceritakan pengalaman sewaktu dia melancong ke India. Dia memutuskan untuk tidak menaiki sebuah teksi untuk ke stesen keretapi.

 

Kemudian, bila di sana dia ternampak pemandu teksi tersebut sedang ditahan kerana merompak. Mujur dia memilih teksi yang lain.

 

 

Seringkali kita enggan mendengar suara hati kita. Hanya setelah berlaku sesuatu musibah baru kita mengimbau kembali dan berkata, “Aku dah agak yang perkara ini akan berlaku….” Sebenarnya ia bukan agakan tetapi ‘gesaan kepada sesuatu yang mahu menyelamatkan kita.’

 

 

Apapun kita perlu bijak dan mampu membezakan suara hati dengan tanggapan negatif. Untuk itu, kita kena didik diri kita agar membersihkan hati dan fikiran. Barulah mudah untuk kita mentafsir suara hati kita. Wallahualam.

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme