Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
orang ketiga dalam rumah tangga

WUJUD ORANG KETIGA DALAM RUMAH TANGGA, SALAH SIAPA?

Posted on 02/06/201702/06/2017 by 123mamanet

Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga.  Hakikatnya, kita tidak perlu menyalahkan seseorang yang hadir dalam rumah tangga seandainya kita sedar bahawa kehadirannya itu hanyalah untuk menguji sejauh mana kesetiaan dan kekuatan cinta kita dan pasangan.

Isi Kandungan hide
1 ORANG KETIGA DALAM RUMAH TANGGA PASTI WUJUD!

Tidak sepatutnya kita terus menyalahkan orang ketiga dalam rumah tangga kita, sedangkan kewujudannya itu sebenarnya satu ujian  atau dugaan buat kita dan pasangan. Apakah kita berdua mampu untuk tetapkan hati dan terus setia berpegang pada  segala janji yang termeterai ataupun sebaliknya.

Sekalipun wujud orang ketiga,  keempat, kelima, keenam bahkan kesepuluh sekalipun, andainya kita dan pasangan memang ‘cinta mati’, sudah pasti tak akan berpaling tadah. Jauh sekali untuk mengkhinati!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: KENAPA KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA MUSNAH?

 

orang ketiga dalam rumah tangga

 

ORANG KETIGA DALAM RUMAH TANGGA PASTI WUJUD!

Apabila kita melangkah ke alam perkahwinan, pastikan diri kita sudah cukup kuat untuk mengharungi segala kemungkinan yang bakal terjadi.

Langit tak selalunya cerah. Begitu juga dengan panas sang mentari. Masih belum pasti panasnya sampai ke petang.Silap-silap hujan turun selebat-lebatnya tanda diduga. Sama jugalah dengan alam perkahwinan yang kita lalui. Adakalanya dihimpit sendu!

Apapun kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga tidak perlu kita geruni.Tak kira cepat ataupun lambat, kewujudan orang ketiga pasti ada.Terpulanglah kepada kita dan pasangan untuk membuka ruang dan jalan masuk ke dalam kehidupan rumah tangga kita ataupun tidak sama sekali.

Jika ruang tersebut sentiasa kita dan pasangan tutup atau kunci rapat, sampai bila-bilapun dia tak akan dapat merosak serta masuk dalam kehidupan rumahtangga kita. Semuanya terletak di tangan kita dan pasangan, ingin membukakan pintu tersebut ataupun tidak. Tepuk dada, tanya hati dan perasaan sendiri!

 orang ketiga dalam rumah tangga

SETIA SAMPAI MATI!

Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mampu menguji sejauhmana kita dan pasangan mampu mempertahankan kesetiaan cinta masing-masing.

Jika keperibadian kita dan pasangan memang jenis yang setia sampai mati, datanglah beribu-ribu wanita/lelaki merayu-rayu sekalipun, hati sedikit pun tak akan goyah. Jadi, semuanya terpulang pada diri masing-masing.

 

JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN KALAU DIRI  SENDIRI TAK  KENAL ERTI SETIA

Jika salah seorang, sama ada kita atau pasangan yang tidak setia, jangan sesekali terus menyalahkan orang ketiga yang hadir dalam ikatan perkahwinan yang terbina.

Jika pasangan kita yang tidak setia dan menyalahkan orang ketiga yang ada dalam hidupnya, bermakna dirinya hanya mahu menutupi kesalahannya dengan menunding jari ke orang lain. Sudah terang lagi bersuluh, sudah jelas dirinya yang tidak setia!

Cukuplah kita sahaja yang memahami betapa murahnya harga setianya saat tergoda dengan orang ketiga. Peluang orang ketiga untuk hadir dalam hidupnya tidak akan terbuka seandainya si dia tidak bermurah hati untuk membuka jalan dan pintu masuk ke dalam hatinya.

Orang ketiga yang cuba masuk dalam rumah tangga boleh menjadi titik ukur kesetiaan masing-masing kerana pada ketika itu keduanya mempunyai kesempatan untuk berlaku curang, tetapi kita dan pasangan tetap memilih untuk terus setia sehidup semati.

orang ketiga dalam rumah tangga

ELAKKAN MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Perlu diingat, jangan sesekali menyalahkan diri sendiri atas kecurangan yang telah dilakukan oleh pasangan kita.

Yang salah adalah serta patut dihukum adalah pasangan kita atau orang ketiga dan bukannya diri kita sendiri!

orang ketiga dalam rumah tangga

SALING MEMAAFKAN

Perkahwinan adalah amanat Tuhan yang perlu kita jaga dengan baik. Ini adalah kerana syaitan akan berusaha dengan pelbagai macam cara untuk menghancurkan ikatan perkahwian anak-anak Adam, dan salah satunya dengan mewujudkan orang ketiga dalam rumah tangga.

Jika wujud orang ketiga dalam rumahtangga, yakinkan hati bahawa inilah ujian Tuhan untuk kita dan pasangan. Ujian yang sangat luar biasa. Teruskan berdoalah tanpa kenal erti putus asa, kerana doa seorang isteri demi kebaikan untuk rumah tangga dan suaminya akan diperkenankan Tuhan bila tiba saatnya.

Andai kata pasangan kita sudah menyedari kesilapan yang telah dilakukan, berilah kemaafan. Biarpun rasa penyesalan tidak dapat mengubah kenyataan yang telah  terjadi, tetapi kata maaf dan memaafkan merupakan kekuatan hati untuk memperbaiki suatu hubungan dengan menyedari segala kekhilafan.

orang ketiga dalam rumah tangga

Moga  terus kuat dan tidak menyerah kalah sekalipun wujud orang ketiga dalam rumah tangga. Dekatkan diri pada-Nya supaya kita semua tidak kalah dengan ujian luar biasa ini!

 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme