Fungsi Teh Hijau Untuk Kurus Dengan Cepat

fungsi teh hijauFungsi teh hijau bukan sahaja memiliki nutrisi dan mineral yang berperanan sebagai antioksidan, malah ia dapat membantu badan kurus dengan cepat.

 

Antioksidan dalam teh hijau berfungsi untuk melawan radikal bebas yang disebabkan pencemaran udara di persekitaran atau pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi bahan pengawet  yang sering kita makan sehari-hari.

 

Mamanet suka minum teh hijau berbanding minuman manis yang lain. Bagi Mamanet, minum ini boleh membantu Mamanet tampil awet muda yang mana menjadikan kulit Mamanet lebih lembut dan sihat. Selain itu, minum teh hijau juga boleh membantu Mamanet kurus! Tu yang Mamanet suka, selain sihat, boleh maintain langsing.

 

Berikut beberapa fungsi teh hijau untuk menurunkan berat badan fungsi teh hijaudengan cepat.

 

1.Ganti Minuman Manis 

Ternyata teh hijau lebih baik jika dibandingkan dengan minuman manis yang lain. Sekalipun kopi yang dikatakan mempunyai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan jantung.

Khasiat ia baik untuk jantung anda   tidak kurang hebatnya. Ia juga mampu mengepam darah menuju ke jantung dan memberikan energi yang mencukupi untuk membakar kalori.

 

  1. Mencegah Kenaikan Berat Badan

Anda yang ingin mempertahankan berat badan ideal memang wajar mengagumi fungsi teh hijau ini. Ia dapat menghentikan pergerakan gula ke dalam sel-sel lemak. Ini bermakna akan terjadi pengurangan lemak dalam tubuh, sekaligus akan mencegah kenaikan berat badan anda.

 

Pengambilannya secara rutin juga mampu membuang racun di dalam tubuh serta menekan nafsu, sehingga keinginan anda untuk makan secara berlebihan akan hilang.

 

  1. Baik Untuk Karbohidrat

Teh hijau berfungsi untuk mengeluarkan karbohidrat secara perlahan-lahan, sehingga boleh mencegah kenaikan gula darah. Cara ini akan membuatkan tubuh akan lebih mudah membakar lemak. Rendam satu uncang  dalam secawan air panas suam. Sejam selepas itu, barulah diminum.

 

Manfaat teh hijau untuk menurunkan berat badan boleh anda rasakan apabila anda meminumnya sebelum bersenam. Ini adalah kerana kandungan antioksidan yang tinggi dapat membantu pembakaran lemak dan dapat mencegah efek radikal bebas, sehingga mampu mempercepatkan proses pembakaran lemak.

 

Ini bermakna, anda perlu bersenam sepanjang proses mahu menurunkan berat badan. Jika anda benar-benar mahu menurunkan berat badan, minumlah teh hijau ini secara teratur. Cara menurunkan berat badan dengan teh hijau ini tidak memerlukan modal besar dan cukup mudah. Jadi, jangan lupa  untuk mencubanya.

 

 

 

 

Leave a Reply