Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
khasiat vitamin e

Vitamin E Untuk Kulit Cantik

Posted on 02/27/202309/12/2023 by 123mamanet

Tentu ada di antara kita yang sememangnya tahu dengan kebaikan vitamin E dalam dunia kecantikan wanita. Vitamin E adalah salah satu vitamin yang mampu merawat dan mengatasi masalah kulit.Kandungan zat di dalamnya bukan sahaja berfungsi di bahagian luar sahaja, malahan turut bekerja dari dalam badan.

Isi Kandungan hide
1 Vitamin E Untuk Kulit Cantik Dan Sihat
2 6 Kebaikan Vitamin E
2.1 Mencegah Penuaan Kulit
2.2 Merawat kulit terbakar atau sunburn
2.3 Membantu Melembabkan Kulit
2.4 Mengurangkan Period Pain
2.5 Mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit
2.6 Mencegah Sakit Jantung Dan Strok

 

vitamin E

Vitamin E Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Dari luar, khasiat vitamin E memainkan peranan bagi kesihatan kulit iaitu untuk melindungi kulit daripada kerosakan sinaran ultra violet (UV), mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mencegah penuaan semulajadi.

Di samping itu, ia juga berguna sebagai antioksidan semulajadi. Pengambilannya secara teratur (bekerja dari dalam badan) dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan mengatasi stress.

Selain krim ataupun suplemen, khasiatnya juga boleh kita peroleh daripada makanan. Antaranya kuning telur, kacang almond, avokado,udang, labu, brokoli, minyak zaitun dan juga sayur bayam.

Baca Juga: Tip Awet Muda Sepanjang Masa

6 Kebaikan Vitamin E

Berikut beberapa kebaikan atau khasiatnya yang perlu diketahui:

  1. Mencegah Penuaan Kulit 

Ia mengandungi antioksidan yang mampu mencegah penuaan kulit. Vitamin ini berupaya mengurangkan garis-garis halus dan kedutan serta membantu menegangkan kembali kulit yang kendur.

  1. Merawat kulit terbakar atau sunburn 

Minyak yang berkhasiat ini mudah diserap oleh lapisan kulit epidermis. Radikal bebas daripada terkena sinaran cahaya matahari boleh merosakkan kulit.

Penggunaannya  boleh digunakan untuk melegakan dan merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran cahaya matahari.

Carilah losyen pelindung cahaya matahari yang mengandungi vitamin E. Sapukan pada kulit sebelum kita keluar ke tempat-tempat yang terdedah pada cahaya matahari terutama ketika di pantai atau pada cuaca panas terik.

  1. Membantu Melembabkan Kulit

Ia boleh dijadikan salah satu alternatif untuk dijadikan pelembab untuk kulit. Daripada memilih pelembab yang mengandungi banyak bahan-bahan kimia adalah lebih baik jika kita memilih produk pelembab yang mengandungi vitamin E.

  1. Mengurangkan Period Pain

Ia dikatakan dapat meredakan period pain ketika menstruasi. Sebaiknya ambil suplemen vitamin E, satu atau dua kali setiap hari dua minggu sebelum datang period.

  1. Mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit

Penuaan kulit jelas kelihatan dengan adanya tompok-tompok hitam pada kulit. Perkara ini disebabkan oleh radikal bebas dan gerak kerja hati yang kurang baik. Sapukan minyak yang mengandungi kebaikan tersebut pada tompok-tompok hitam untuk menghilangkannya.

Di samping itu, kulit muka yang kasar atau kusam akan menjadi lembut kembali. Caranya mudah sahaja, titiskan minyak tersebut pada kapas, kemudian sapukan pada kulit muka. Lakukan dua kali sehari bagi mendapatkan kulit wajah yang kembali bersih dan berseri.

Baca Juga: Penyebab Bibir Hitam

  1. Mencegah Sakit Jantung Dan Strok

Ia juga berguna untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Secara tak langsung khasiatnya dapat mencegah terjadinya plak pada dinding arteri. Pengumpulan atau penimbunan plak tersebut boleh menyebabkan penyakit jantung dan stroke.

Itulah antara kebaikannya untuk kulit yang sebaiknya kita ketahui. Sungguhpun begitu penggunaan vitamin E tidak boleh sembarang atau diambil secara berlebihan kerana ia boleh memberikan efek negatif pada tubuh.

8 thoughts on “Vitamin E Untuk Kulit Cantik”

  1. Pingback: FERNLEAF PERLUASKAN RANGKAIAN PRODUK UNTUK MENYOKONG FUNGSI USUS - 123mamanet
  2. Pingback: Pause & Oomph Helps To Relieve Dry Skin - 123mamanet
  3. Pingback: Cetaphil Bright Healthy Radiance Perkenalkan Pembersih Muka Dan Serum Baharu - 123mamanet
  4. Pingback: Cetaphil Skin Health Festival - 123mamanet
  5. Pingback: Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU - 123mamanet
  6. Pingback: 5 Cara Mengatasi Wajah Berminyak Dan Berkilat - 123mamanet
  7. Pingback: Sunscreen Terbaik - 123mamanet
  8. Pingback: 7 Cara Hilangkan Lemak Bawah Dagu - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam

Recent Posts

  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme